Sunday, December 23, 2007

renungan bersam selamanya.

Zaman skolah ber 'ana-enti',Sekarang hilang diterbangkan angin;'Aku-engkau' jadi pengganti,"Ana rindulah sama Smakk.."Bertudung labuh ayu sentiasa, (yeke?)Ikhlas atau peraturan semata; (seems morelike the latter)Sekarang ni gaya 'hebat-hebat' belaka,Entah bila nak 'ayu' semula.Cakap siang pandang-pandang,Cakap malam dengar-dengar;Batas pergaulan makin berkurang,Dah makin lupa apa ustaz dan ustazah ajar.Dulu cakap ngan laki jarang sekali,Batas pergaulan punyalah jaga;Sekarang pampang gambar ngan buah hati, (especially at Friendster)"Kak, rasa malu tu campak pi Thailand ka?"Dulu bahasa bukan main jaga,Bukan apa, takut terbuat dosa;Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,Gara-gara orang kutuk "engkau ni skema"Dulu berlumba-lumba dengan member,Hafal Quran gila-gila;Sekarang Quran kumpul habuk jer,"Alah, aku banyak kerja lain laa..."Ustaz dan ustazah selalu cakap kat kita,Jadilah contoh muslim dan muslimah sejati;Tapi sayang kebanyakan leka,Bila dunia diletakkan di hati.Orang cakap budak Smakk berkualiti,Baik, berakhlak lengkap semuanya;Sayangnya indah khabar dari realiti,Bila melihat pada fi'il anak didiknya.Bila ditegur angin satu badan,Konon sudah tahu belaka;Kalau dah tahu kenapa teruskan,Seronok sangat ke kumpul dosa?Macam tu lah kalau terasa diri hebat,Nama pun lepasan sekolah agama;"Tak payah laa kau nak bagi nasihat,Kau ingat kau tu baik sangat ke?"Itulah realiti budak skolah agama,Majoriti terkejut dek dunia luar;Akhlak dan ilmu dalam pagar skolah saja,"Tak sesuai laa semua-semua ni kat luar!"Kesian ustaz dan ustazah mengajar kita,Kesian mak bapak nak anak jadi berguna;Kita ambil sambil lewa,Alasannya kita bukan insan sempurna.Memang insan tiada yang sempurna,Kerana itu dituntut berusaha;Tak guna ilmu penuh di dada,Jika tak berusaha menghayatinya.Bukan mengeji bukan mengata,Teguran ikhlas dari jiwa;Teguran buat diri saya juga,Saya juga insan penuh dosa.

No comments: